Selamat datang ke blog kami
Cara membuat latar belakang dengan gambar
PERAYAAN AGAMA MEMUPUK PERPADUAN KAUM |
DUA 6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
TAJUK: PERAYAAN PERAYAAN AGAMA DI MALAYSIA MAMPU MEWUJUDKAN SEMANGAT KAUM DI MALAYSIA ,
*
NAMA
PENSYARAH: USTAZAH SURIA BINTI EMBONG
·
NAMA AHLI KUMPULAN:
·
MUHAMAD SYAQIM BIN ADNAN(12DIP14F1024)
MOHAMAD IZZAT NAQIUDDIN BIN CHE AZILAH(12DIP14F1038)
MUHAMAD HAKIMI BIN DOLAH(12D1P14F1012)
PROGRAM : DIPLOMA IN PROGRAMMING(DIP)
KELAS : DIP5B
SESI :JUN 2016
ISI KANDUNGAN
|
BIL. MUKA
SURAT
|
PENGENALAN
|
2
|
ISI
|
3-8
|
KESIMPULAN
|
9
|
RUJUKAN
|
10
|
LAMPIRAN
|
11-17
|
PENGENALAN
Malaysia ialah
sebuah negara yang dihuni oleh pelbagai kaum. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia
mempunyai kepelbagaian budaya dan cara hidup yang berbeza. Menurut Abdul Aziz
(2000), kebudayaan adalah himpunan kekayaan jasmaniah dan rohaniah yang dicipta
oleh manusia sebagai cara hidup. Kepelbagaian budaya memerlukan beberapa
perkara asas bagi mewujudkan keharmonian dalam hubungan sosial.
Seterusnya,
dengan adanya kepelbagaian budaya semangat perpaduan kaum merupakan satu usaha
berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak
melalui kepelbagaian perayaan dan sambutan di Malaysia. Hal ini kerana,
sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat,
nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara
amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha dan cara dapat diambil dan dilakuakan
bagi memupuk dan membaja agar perpaduan dan keharmonian terus subur dan mewangi
dalam kehidupan masyarakat.
Dalam perspektif
lain, Malaysia merupakan negara yang sedang membangun bukan sahaja dari bidang
pertanian, perindustrian, sukan dan lain-lain. Hal ini membolehkan, Malaysia
dikategorikan sebagai Negara yang istimewa kerana mempunyai kepelbagaian kaum
utama iaitu Malayu, Cina, India dan sebagainya. Perkembangan Negara yang pesat
serta hubungan sosial yang kukuh membolehkan Negara Malaysia duduk sama rendah
berdiri sama tinggi dengan Negara-negara maju yang lain seperti Amerika
Syarikat, Jepun , China termasuklah Negara jiran Singapura. Tambahan pula,
kejayaan negara Malaysia bagi mengekalkan perpaduan masyarakat yang berbilang
kaum serta hubungan sosial budaya yang utuh sejak merdeka hingga kini amat
mengagumkan bukan sahaja dapat dilihat semasa sambutan perayaan malah pada apa
jua situasi yang berbeza. Namun, hal ini memerlukan perkara asas bagi
mengekalkan keharmonian budaya di Malaysia.
ISI - ISI
Malaysia merupakan sebuah Negara yang unik kerana
masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina,
India dan rakyat peribumi yang dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai
malah saling menghormati. Oleh sebab itu, pelbagai perayaan yang boleh diadakan
di Negara ini kerana kaumnya yang berbilang bangsa itu. Rakyat Malaysia dapat
hidup bersatu padu dan bekerjasama berdasarkan atas prinsip-prinsip Rukun
Negara. Perpaduan yang wujud ini mampu mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 kerana
rakyat Malaysia sedar akan pentingnya perpaduan bak kata pepatah ”bulat air
kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Persoalannya, apakah peranan
kita sebagai mahasiswa dan mahasiswi untuk mewujudkan semangat perpaduan kaum
di Negara ini?
Salah satu usaha mewujudkan perpaduan kaum di Negara kita
adalah peranan yang dimainkan oleh pihak institusi pengajian tersebut misalnya
di politeknik mahupun university swasta atau kerajaan. Pelajar harus menyokong
cadangan bagi mewujudkan satu sistem pendidikan berteraskan kebangsaan. Dengan
adanya sistem pendidikan yang terbuka kepada setiap kaum dan penggunaan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar, hal ini mampu membentuk elemen perpaduan dalam
kalangan pelajar khususnya pada graduan Politeknik. Dengan adanya pelajar yang
memupukkan semangat berbilang kaum pada peringkat awal dan didedahkan dengan
kepelbagaian bangsa dan agama dipupuk sejak di bangku sekolah rendah lagi maka
usaha untuk membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu dapat
dilakukan dengan lebih berkesan dan efektif.
Tambahan pula, di sekolah mahupun di peringkat institusi
pengajian tinggi swasta mahupun kerajaan, pelajar yang berbilang kaum akan
berinteraksi, bergaul, bergurau dan sebagainya semasa melakukan
aktiviti-aktiviti semasa proses P & P ataupun kokurikulum. Dengan cara ini
mampu membentuk generasi Malaysia yang lebih bersefahaman, bekerjasama dan
bersatu padu dapat dilahirkan di negara kita. Selain itu, menerusi sukatan
Pengajian Malaysia dan Komunikasi dan Penyiaran Dalam Islam khususnya, keharmonian
dan sosial budaya dapat dipupuk dalam kalangan pelajar. Dengan ini, generasi
muda akan sedar akan peranan mereka untuk mengukuhkan pepaduan kaum menerusi
peranan yang dimainkan oleh pihak di sesebuah institusi tersebut.
Selain itu, mengadakan rumah terbuka atau jamuan raya di
tempat institusi tersebut semasa hari perayaan. Denga adanya hal ini dapat
mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan pelajar itu sendiri. Rumah terbuka
bermaksud satu perayaan agama yang disambut oleh penganut pelbagai agama dengan
tujuan untuk memupuk saling bertoleransi dalam kalangan rakyat di Malaysia.
Amalan kunjung-mengunjungi ketika merayakan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru
Cina, Deepavali dan Hari Natal dapat memupuk silaturahim dalam kalangan pelajar
yang berbilang kaum. Semasa menghadiri rumah terbuka mahupun jamuan raya,
pelajar-pelajar boleh mengenali adat resam setiap kaum dengan lebih mendalam
sekaligus dapat menjana sikap bertimbang rasa dan saling menghormati antara
satu sama lain. Setiap kaum yang ada di Negara kita sedia menerima adat resam
dan budaya kaum lain selain dapat menikmati juadah tradisional masyarakat
mengikut kaum yang ada di Malaysia. Rakan-rakan yang datang berkunjung ke rumah
kita bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama kaum tetapi juga dapat memeriahkan
suasana rumah terbuka serta mengeratkan hubungan silaturahim antara budaya di
Malaysia. Oleh itu, rumah terbuka atau jamuan raya yang diadakan pada setiap
kali perayaan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat dan
pelajar.
Seterusnya, perpaduan kaum dalam kalangan pelajar dapat
diwujudkan menerusi kepelbagaian kebudayaan. Kepelbagaian kaum dan budaya di
Malaysia merupakan aspek yang penting untuk mewujudkan perpaduan. Walaupun
terdiri daripada latar belakang yang berbeza, namun apabila dikaitkn dengan
kebudayaan, semua pelajar boleh menerimanya tanpa wujud prasangka negatif.
Apabila diadakan sesuatu persembahan untuk meraikan hari kebesaran atau
menerima kedatangan orang kenamaan , akan dipersembahkan tarian oleh pelbagai
kaum seperti tarian Zapin dan tarian Inang oleh pelajar Melayu, tarian kipas
,tarian singa dan tarian piring oleh pelajar Cina, Tarian Bharatanatiam dan
Tarian Kollattam oleh pelajar India. Persembahan kebudayaan yang unik ini
secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar untuk mengenal tarian
tersebut. Tegasnya, kepelbagaian kebudayaan yang ada di Negara kita dapat
mewujudkan perpaduan kaum dan mengenal antara satu sama lain kerana bak kata
pepatah, tak kenal maka tak cinta.
Dalam pada itu, masyarakat khususnya graduan intitusi
pengajian tinggi haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum terutama
di tempat pengajian. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa juga memainkan peranan
yang besar dengan sentiasa menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak
sejak kecil lagi dan di bangku sekolah lagi. Bak kata pepatah, “melentur buluh
biar dari rebungnya”. Caranya, anak-anak digalakkan berkomunikasi dengan jiran
yang berlainan bangsa dan ibu bapa juga disarankan membawa anak-anak mereka
mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran atau perayaan. Dengan cara itu, ibu
bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka
menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
jenis kaum dan etnik. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan berkomunikasi dengan
anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, dan
bahasa-bahasa ibunda yang lain.
Apabila golongan muda terutamanya graduan politeknik dan
institusi lain menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan
rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Oleh itu, nilai-nilai perpaduan dan
permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar
jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna. Walaubagaimanapun,
dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting dalam memupuk hubungan sosial
ketika kecil.Oleh yang demikian, institusi-institusi pendidikan perlu
bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar
berbilang kaum.
Menilai dari sudut perspektif yang berbeza, perpaduan
memerlukan nilai holistis dalam diri setiap warga yang sedar ia memberikan roh
kepada negara bangsa ini. Andainya perayaan ini boleh dikongsi bersama dan
merasakan ada rasa tanggungjawab untuk memainkan peranan dan memberi makna
kepada diri setiap individu terutamanya graduan institusi pelajaran tinggi dan
pelajar sekolah. Perayaan merupakan kunci perpaduan tidak perlu dipersoalkan
lagi kerana ia juga berjiwa petriotisme dan nasionalistik wujud dengan sendirinya
berpandukan prinsip dalam rukun negara dan perlembagaan yang mempertahankan
nilai ini dan dokumen kebal negara.
Mengimbau kembali sejarah Malaysia tedahulu, sebagaimana
yang semua telah ketahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat kemerdekaan
negara. Sambutan perayaan hari kebangsaan sesungguhnya membuka satu lagi jalan
dalam usaha memupuk perpaduan di Malaysia. Pada kebiasaannya, pelbagai kaum
akan menyertai upacara sambutan perayaan tersebut pada setiap tahun termasuklah
sekolah, politeknik dan intitusi pegajian tinggi lain akan mengadakan sambutan
perayaan tersebut. Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan nescaya dapat
menambahkan ukhwah dan permuafakatan antara masyarakat dan di institut
pengajian tinggi terutamanya golongan graduan di IPTA dan IPTS serta
pelajar-pelajar sekolah dengan wujudnya
pelbagai kaum di Malaysia.
Di samping itu, penghayatan tema sambutan Hari Kebangsaan,
misalnya Keranamu Malaysia dapat menanam semangat cinta akan negara sekali gus
mengukuhkan amalan peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Sesungguhnya, semua kaum di Malaysia perlu memahami bahawa kemerdekaan yang
digapai pada hari ini perlu dijaga kerana Malaysia hanya satu, dan tidak ada
duanya. Peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri
sendiri, hendaklah direnungi oleh setiap
warganegara Malaysia terutamaya anak anak muda di politeknik dan institusi lain
agar perpaduan bukanlah menjadi duri dalam daging dalam usaha negara mencapai
Wawasan 2020.
Kajian masalah agama dan budaya sudah tidak asing lagi di
kehidupan manusia. Walaupun peristiwa perubahan sosial telah mengubah orientasi
dan makna agama, hal itu tidak berhasil perubahan ekosistem dari segi agama
dalam masyarakat dan para graduan intitusi pengajian tinggi terutama
politeknik. Sehingga kajian tentang agama dan budaya selalu akan terus
berkembang dan menjadi kajian yang penting. Hal ini kerans sifat universal
agama dan budaya dalam masyarakat, maka kajian tentang masyarakat tidak akan
lengkap tanpa melihat agama sebagai salah satu faktornya ialah budaya.
Seringkali kajian tentang politik, ekonomi dan perubahan sosial dalam suatu
masyarakat melupakan pentingnya agama sebagai salah satu faktor keharmonian
dalam sosial budaya. Oleh itu, tidak hairanlah jika hasil kajiannya tidak dapat
menggambarkan realisasi sosial yang lebih lengkap. Maka, masyarakat secara
umumnya perlu sedar dan saling menghormati agama masing-masing.
Dari sudut pandangan yang berbeza, pentingnya mempelajari
kehidupan manusia ini terutama di rujuk dalam Al-Qur'an apabila membincangkan
konsep-konsep keagamaan terutama negara Malaysia yang penduduknya terdiri
daripada pelbagai agama dan kaum. Al-Qur'an seringkali menggunakan
"orang" untuk menjelaskan konsep ketaqwaan. Misalnya, untuk menjelaskan
tentang konsep takwa, Al-Qur'an menunjuk pada konsep "muttaqien",
untuk menjelaskan konsep sabar, Al-Qur'an menggunakan kata "orang
sabar" dan seterusnya.
Dengan merujuk pada kitab Al-Qur'an yang sedemikian
sesungguhnya, konsep-konsep keagamaan itu merangkumi perilaku manusia tanpa
mengira agama. Oleh sebab itu, pemahaman konsep agama terletak pada pemahaman
setiap individu itu sendiri. Dengan ini, pentingnya soal keagamaan dalam konsep
saling memahami antara agama masing-masing dan hormat menghormati sesuatu agama.
Intihanya, memandangkan negara Malaysia mempunyai pelbagai
budaya dan adat resam yang berbeza maka terdapat pelbagai pandangan dan
perspektif yang berbeza dalam kalangan masyarakat melayu khususnya. Hal ini
kerana Malaysia mempunyai pelbagai perayaan pada setiap tahun. Perayaan besar
seperti hari raya puasa, hari raya haji, tahun baru cina, hari deepavali, hari
natal, hari gawai, dan hari keamatan di Sabah disambut oleh semua masyarakat di
Malaysia. Dalam konteks Malaysia, ucapan selamat yang diberikan oleh umat islam
kepada masyarakat bukan islam ketika sambutan perayaan mereka adalah diharuskan
dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan-ungkapan syirik atau
kufur.
KESIMPULAN
Semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga
perpaduan
masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka
dan lali serta memandang enteng akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal
untuk selama-lamanya kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan
tindakan buruk padahnya. Kini, kita berada dalam era globalisasi dan
liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk
sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran,
tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi
yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan
bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan
integrasi nasional akan tercapai.
Usaha mewujudkan perpaduan kaum perlu diberi penekanan di
Negara kita kerana menjadi tonggak kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama dalam memastikan perpaduan dapat
dicapai di Negara ini. Jelasnya, rakyat Malaysia perlulah sama-sama menjayakan
Gagasan 1 Malaysia seperti yang disarankan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib
Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Kesimpulanya, pentingnya budaya dan saling hormat
menghormati dalam mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan kaum di Malaysia
terutamanya ketika sambutan perayaan kaum masing-masing. Hal ini kerana, budaya
serta nilai hormat menghormati ini merupakan amalan yang perlu dilaksanakan
tanpa mengira agama, bangsa, serta status seseorang. Dalam Al-Quran dengan
jelas mengesa supaya kita mengamalkan perkara ini seperti yang terdapat dalam
surah al-isra’ ayat yang ke-70. Sekiranya kita mahu dihormati, maka kita perlu
menghormati orang lain. Dengan ini, apabila ada rasa hormat dalam diri, maka
terbantuklah budaya saling menghormati, seterusnya masyarakat dapat bersatu
padu dan harmoni.
LAMPIRAN
JENIS-JENIS PERAYAAN DI
MALAYSIA
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
SAMBUTAN TAHUN BARU CINA
SAMBUTAN DEEPAVALI
S
AMALAN ZIARAH-MENZIARAHI
HARI RAYA AIDILFITRI
TAHUN BARU CINA
HARI DEPAVALI
KERATAN AKHBAR
CONTOH HADIS
RUJUKAN
· Buku
Komunikasi Dan Penyiaran Dalam Islam, tahun 2016 edisi 1, terbitan oxford fajar
sdn.bhd.
·
http:ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120825/re_03/Wajah-wajah-perpaduan-dalam-malaysia
·
http://resposity.upi.edu/9952/
·
http://www.heraldmalaysia.com/news/memupuk-semangat-masyarakat-melalui-integrasi-budaya/25683/7
·
hhtp://www.1malaysia.com.my/en/affiliates/langkah-mengukuhkan-perpaduan-dalam-kalangan-rakyat-malaysia-0
·
http://www.perpaduanmalaysia.com/2014/07/langkah-langkah-untuk-memantapkan-perpaduan-kaum-malaysia.html?=1
·
http://perayaanutamakaumdimalaysia.blogspot.my/2015/02/perayaan-di-negeri-sabah-dan-serawak.html?m=1
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletewow!! so helping. tq so much.. wish u always 'EXCELLENT'!!!
ReplyDelete